jutaan belia 2012

jutaan belia 2012
Jutaan Belia 2012

Kata Aluan

SPR

SPR
CDC - MALAYSIA

Followers

3 Apr 2013

Selangor Bubar DUN Esok


khalid ibrahim

SHAH ALAM – Selangor dijangka akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Jangkaan itu diperkuatkan susulan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijadualkan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang kira-kira pukul 1.30 petang ini.

Pertemuan itu dijangka ada kaitan dengan pembubaran DUN negeri.

Dalam masa yang sama, Abdul Khalid menerusi twitternya hari ini turut menyatakan akan mengadakan pertemuan dengan baginda secepat mungkin bagi membincangkan status DUN negeri itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memubarkan Parlimen hari ini.

“Alhamdulillah, Parlimen akhirnya dibubarkan. Saya akan mengadap DYMM Tuanku Sultan secepat mungkin utk bincangkan status Dewan Negeri Sgor,” katanya menerusi laman sosial itu.

Menurut sumber, pembubaran DUN Selangor difahamkan akan diumumkan secara rasmi esok. – UTUSAN


Pulau Pinang Bubar DUN Esok


guan eng

GEORGETOWN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dijangka dibubar esok bagi membolehkan pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri ke-13 berlangsung serentak dengan pilihan raya Parlimen.

Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa beliau akan memaklumkan mengenai tarikh pembubaran DUN selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pukul 9.30 pagi esok.

Pulau Pinang mempunyai 40 kawasan DUN – 19 kawasan di bahagian pulau manakala 21 kawasan lagi di tanah besar iaitu Seberang Perai.

Pada pilihan raya umum 2008, pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri apabila DAP memenangi 19 kerusi DUN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi sembilan kerusi dan PAS memenangi satu kerusi iaitu di Permatang Pasir.

Barisan Nasional (BN) pula hanya memenangi 11 kerusi dan kesemuanya diwakili oleh Umno.

Bagi kawasan Parlimen pula, Pulau Pinang mempunyai 13 kawasan iaitu tujuh di Seberang Perai dan enam kawasan di bahagian pulau. Pada pilihan raya umum lepas, DAP memenangi tujuh daripada kerusi Parlimen manakala PKR memenangi empat.

Bagaimanapun, dua daripada Anggota Parlimen PKR iaitu Datuk Seri Zahrin Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) kemudiannya meninggalkan parti berkenaan dan mengisyhtiharkan sebagai wakil rakyat Bebas.

BN hanya memenangi dua kawasan Parlimen iaitu Kepala Batas yang diwakili oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad adawi dan Tasek Gelugor yang diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada ilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)diadakan. – Bernama


Perlis Bubar DUN Hari Ini


isa sabu

KANGAR – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis selepas mendapat perkenan daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Pengumuman tersebut dibuat selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perlis yang turut dihadiri Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Hamid.

Menurut Md. Isa, Perlis mengambil langkah membubarkan DUN sebagai mengikut langkah pembubaran Parlimen yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memboleh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan serentak.

“Saya memaklumkan kepada baginda (Raja Perlis) mengenai hasrat pembubaran DUN melalui telefon kira-kira pukul 12.50 tengah hari kerana baginda berada di Kuala Lumpur ketika ini dan Tuanku telah memberi perkenan,” kata beliau dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di sini hari ini. – UTUSAN


Terengganu Belum Putuskan Tarikh Bubar DUN

ahmad_said_cu

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat untuk mendapat perkenan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Ahmad bagaimanapun berkata, belum ada tarikh tertentu berhubung pertemuan tersebut memandangkan Sultan Mizan sedang berada di luar negara dan dijangka kembali ke tanah air malam ini.

“Saya akan dapatkan tarikh yang bersesuaian untuk menghadap tuanku yang dijangka pulang malam ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Iman di sini hari ini. – UTUSAN


Kelantan Bubar DUN Hari Ini


nik ajiz

KOTA BHARU – Kerajaan PAS Kelantan mengikut jejak langkah kerajaan pusat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat pengumuman tersebut selepas Mesyuarat Exco kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi.

Beliau bagaimanapun menjelaskan masa untuk mengadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan ditentukan selepas mesyuarat lajnah politik Pas Kelantan petang ini. – UTUSAN