jutaan belia 2012

jutaan belia 2012
Jutaan Belia 2012

Kata Aluan

SPR

SPR
CDC - MALAYSIA

Followers

3 Apr 2013

Kedah Bubar DUN Esok


azizan

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada esok berhubung urusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Selepas itu barulah beliau akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di sini bagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN.

“Esok lah nak pergi (Istana Negara). Bagi negeri ini kita kena maklum (Sultan Kedah) dulu.

“Kita tengok tarikh Tuanku dulu, tertakluk kepada Istana Negara… balik (dari Istana Negara) baru maklum kepada pemangku jemaah untuk beri perkenan untuk bubar.

“Bagaimanapun kita tidak ada pilihan (kena bubar), masa dah sampai, kita pun dah tunggu lama dah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun tarikh pembubaran DUN negeri ini berbeza dengan Dewan Rakyat, ia tidak bermakna tarikh pilihan raya umum akan berbeza.

Pembubaran DUN adalah bagi membolehkan pilihan raya diadakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Mengikut Perkara 53(3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah, Dewan Undangan Negeri melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh mesyuarat pertama dan hendaklah termasuk di hujung tempoh.

Mandat kerajaan negeri semasa akan berakhir pada 5 Mei 2013.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Isa Ismail berkata beliauperlu menunggu watikah pembubaran DUN selepas Menteri Besar menghadap Sultan untuk mendapat perkenan baginda sebelum boleh memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Kedah.

Katanya dalam keadaan sekarang negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang wajar membubarkan DUN masing-masing serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 berlangsung serentak.

Beliau berkata sepatutnya tidak timbul persoalan ketua-ketua kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang membubarkan DUN pada tarikh berbeza.

“Masa akhir DUN negeri-negeri perlu dibubarkan tidak banyak beza.

“Saya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri mengenai pembubaran itu hari ini,” katanya kepada Bernama semasa dihubungi.

Pada PRU-12, pakatan pembangkang menguasai 21 kerusi iaitu PAS sebanyak 16 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (4) dan DAP (1) manakala BN mendapat 14 kerusi dengan Umno (12), MCA (1) dan Gerakan (1).

Satu lagi kerusi iaitu Bukit Selambau dimenangi calon Bebas V. Arumugam, yang kemudiannya menyertai PKR. Arumugam kemudian meletakkan jawatan dan Pilihan Raya Kecil bagi DUN itu dimenangi S. Manikumar daripada PKR.

Bagaimanapun, dua Adun PKR iaitu Tan Wei Su (Bakar Arang) dan Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) keluar daripada parti itu untuk menjadi Adun Bebas. – SINAR


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.